Sunday, June 3, 2012

..contengan jalanan by hlovate..

Posted by eiyqha afiqha at 3:51 PM


paperback : 557 pages
published : May 2011 by Jemari Seni
edition language : malay

contengan jalanan aka CJ merupakan sebuah perjalanan mencari Tuhan yang dinurkilankan penulis tentang Fred dan K2. kedua watak ni bermula dengan berlainan arah, walaupun diri dilahirkan sebagai Muslim, namun mereka jarang mengambil berat tentang islam, malah amalan dibuat sekadar cukup makan saja. apa yang paling best dalam buku ni ialah ia dipecahkan kepada 2 bahgian,cerita Fend dan cerita K2. macam biasa, rencah Hlovate selalunya pencarian kembali menjadi muslim sejati. selalunya bermula dari sebuah permusafiran di negara orang di mana Fred menemui jalan kembali ketika beruzlah di Australia manakala K2 pula di Indonesia.

cuma kadang-kadang aq terfikir garapan Hlovate tentang penghayatan islam di Malaysia agak diperlekehkan, memang masyarakat Malaysia ramai yang goyah namun ramai juga yang berubah jadi baik walaupun di negara sendiri tanpa berkelana di tempat orang.

sejujurnya garapan Hlovate dalan CJ ni mampu membuatkan kita mendekati Tuhan

p/s : my own book

0 comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

im a bibliophile Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea